UMNO perlu bentuk gabungan, gagasan baharu - Bung Moktar

  • 3 hari lalu
UMNO perlu bentuk gabungan, gagasan baharu - Bung Moktar

BERITA SEMASA 18 MEI 2024

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berpandangan bahawa partinya itu perlu membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Beliau berkata, perkembangan politik semasa negara termasuk di Sabah menunjukkan tiada satu parti pun yang boleh memerintah melainkan melalui gabungan.

Jelasnya, beliau merasakan keadaan politik semasa termasuk di Sabah, tidak akan ada satu parti termasuk di Sabah kerana telah melalui pilihan raya dan kena ada satu gagasan serta gabungan baharu.

Menurut beliau, alasannya adalah rakyat sudah tidak boleh menerima satu parti sebab pengundi muda melihat bagaimana parti-parti di Sabah pernah memerintah dan pernah jadi pembangkang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665368/berita/politik/umno-perlu-bentuk-gabungan-gagasan-baharu---bung-moktar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #bentukgagasanbaharu #UMNO